Di sini saya menyediakan daftar kata yang mempunyai perkaitan dengan kursus Sosiolinguistik Bahasa Melayu.
| PERKATAAN | MAKSUD |
| Bahasa berulang | Perkataan yang diulang-ulang untuk menguatkan maksud dan tujuannya. |
| Bahasa Eksklusif | Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu. (Contoh: dalam kelompok pekerjaan, puak, subetnik) |
| Bahasa Inklusif | Bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada. (Bahasa kebangsaan, Bahasa rasmi, Lingua Franca, Pijin, Kreol, Koine) |
| Bahasa menggiat | Bahasa yang tidak tepat, seakan-akan sindiran tetapi tidak berisi kiasan yang digunakan untuk mengusik atau bersungguh-sungguh mengatakannya sehingga orang yang terkena menjadi malu. |
| Bahasa Melampau | Bahasa yang digunakan untuk membesar-besarkan dan mlebih-lebihkan sesuatu daripada yang sebenarnya. (Contoh: Jejak ditikam mati juga) |
| Bahasa Vernakular | Bahasa yang dituturkkan oleh kaum tertentu (Contoh: Bahasa Cina, Bahasa Tamil) |
| Bangga Bahasa | Menggunakan bahasa berdasarkan peraturan yang sudah dipersetujui oleh masyarakat atau 'menggunakan bahasa dengan baik’. |
| Bilingualisme | Seseorang penutur mengetahui dan menguasai dua bahasa dan menggunakan kedua-duanya dalam kehidupan seharian. |
| Diglosia | Penggunaan dua bahasa yang berlainan iaitu satu bahasa yang tinggi dan bersifat formal dan satu bahasa lagi rendah tarafnya iaitu bukan bahasa rasmi. (Contoh: Bahasa Melayu baku dengan dialek) |
| Makrososiolingustik | Makro merupakan kajian antara bahasa dan masyarakat dengan bidang lain seperti ekonomi, antropologi, sains, politik dan berdasarkan bilangan kumpulan manusia. |
| Mikrososiolinguistik | Kajian tentang hubungan antara struktur linguistik dan struktur sosial pada paras interaksi bersemuka. |
| Multilingualisme | Seseorang penutur dapat menguasai lebih daripada dua bahasa dalam satu masa. |
| Neka Bahasa | Variasi Bahasa (Terdiri daripada bahasa inklusif, bahasa eksklusif dan lain-lain) |
| Poliglosia | |
| Ragam Bahasa | Beberapa jenis bahasa khas yang digunakan dalam penulisan atau pertuturan untuk menguatkan tujuan kata dan mempertajam hasilnya kepada kefahaman pendengar dan pembaca. |
| Setia bahasa | Sikap penutur yang positif terhadap sesuatu bahasa dan yakin terhadap kemampuan bahasa berkenaan sebagai alat pemikiran dan komunikasi. |
| Sosiolinguistik | Kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat. |






