RSS

Salah Faham


#Situasi 39

Masyarakat di malaysia terutamanya masyarakat Melayu sangat kaya dengan peribahasa. Peribahasa merupakan salah satu wadah atau cara seseorang untuk menyampaikan nasihat dan teguran secara bersopan dan berhemah.

         Masa ini, penggunaan peribahasa kian pupus. masyarakat hari ini lebih cenderung menggunakan bahasa terus untuk menyampaikan teguran dan nasihat. Oleh hal yang demikian jugalah masyarakat terutamanya remaja hari ini sering tersalah dalam menggunakan peribahasa.

          Contoh peribahasa yang sering digunakan secara salah ialah:

1- Harapkan pegar, pegar makan padi.


     -Masyarakat hari ini mengatakan peribahasa ini sebagai "Harapkan pagar, pagar makan   
      padi". Jika difikir secara logik, adalah mustahil untuk pagar memakan padi kerana pagar 
      merupakan satu objek yang tidak bernyawa. Sebenarnya, perkataan pagar itu ialah pegar 
      yang merupakan sejenis burung.

2- Seperti melepaskan batok di tangga.

  
 -Masyarakat hari ini mengatakan peribahasa di atas sebagai "Seperti melepaskan batuk di tangga". Berdasarkan peribahasa ini, ramai orang muda menganggap bahawa melepaskan batuk di tangga ini adalah berdasarkan situasi di mana seseorang itu batuk di tangga. Sebenarnya, batuk dalam peribahasa ini ialah 'batok' iaitu pencedok air yang digunakan seseorang untuk mencedok air dari dalam tempayan dan menggunakannya untuk membasuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah.

3- Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga.


-Masyarakat hari ini membaca peribahasa ini sebagai "Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga". Sebenarnya, perkataan kendi itu salah dan perkataan yang sebenarnya ialah kundi. Kendi ialah bekas cuci tangan yang selalu kita lihat di rumah kenduri manakala kundi adalah seperti biji saga yang berwarna merah.

Diharapkan agar penjelasan ini dapat membantu dan semoga selepas ini tiada lagi kesalahan dalam pemahaman dan penggunaan peribahasa di atas. :)

2 orang memberi respon:

Tanpa Nama berkata...

bestnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Catat Ulasan