#Situasi 40
Memandangkan entri ini merupakan entri terakhir blog ini, saya sekali gus ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca. Maklum la. Selepas ni mungkin saya tidak berpeluang mencoret kata di sini lagi. Tetapi, andai ada kelapangan dan ada cerita, insyaAllah akan saya kongsi di sini. Amboi. Tiba-tiba sahaja ayat sedih.
Sebenarnya, entri terakhir ini bukanlah entri ucapan selamat hari raya. Dalam entri ini, saya akan berkongsi dengan semua pembaca tentang pantun Selamat Hari Raya yang ditulis dalam pelbagai dialek negeri. Pada saya, pantun ini sangat menarik dan berupaya menunjukkan bahawa Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai pelbagai bahasa.
Pantun di atas ditulis menggunakan 11 dialek daripada 11 buah negeri yang berbeza. Mari kita lihat apakah maksud di sebalik pantun-pantun ini.
1- Pantun dialek Kelantan.
Makan ikan cicah budu,
Jangan lupa tambah satar,
Balik raya jangan laju,
Nanti raya dalam hospital.
2- Pantun dialek Terengganu.
Makan ubi zaman Jepun,
Makan keropok cicah cuka,
Bulan puasa awak bengong,
Bulan raya awak gila.
3- Pantun dialek Pahang.
Sempadan Pahang ada kasino,
Nasi dagang, ikan patin,
Jangan kamu masam muka,
Raya makan rendang sardin.
4- Pantun dialek Johor.
Macam tu macam ni awak suka,
Awak suka kita tak suka,
Esok lusa hari raya,
Sama-sama bersuka ria.
5- Pantun dialek Melaka.
Hawau kau berak merata,
Kaki bengkak ular patuk,
Kalau balik naik kereta,
Jangan pandu kalau mengantuk.
6- Pantun dialek Negeri Sembilan.
Masak lemak cili api,
Campur dengan daun turi,
Hari raya Kuala Lumpur sepi,
Tinggal penyamun dengan pencuri.
7- Pantun dialek Selangor. (Slanga)
Aku cakap engkau, aku tak tahu,
Tapi aku tipu engkau,
Raya jangan buat tak tahu,
Ada angpau bagi aku dulu.
8- Pantun dialek Perak.
Gulai tempoyak ikan mayong,
Durian busuk ditebuk tupai,
Pandu hemat ingat kampung,
Asal kita selamat sampai.
9- Pantun dialek Kedah.
Alor Setar terketar-ketar,
Lapar perut makan pau,
Macam mana tak ketar,
Kena paksa bagi angpau.
10- Pantun dialek Pulau Pinang.
Nasi kandar kedai mamak,
Anak mami jual pasembor,
Lepas raya jangan menangis,
Kalau ceti datang ikut dapur.
11- Pantun dialek Perlis.
Padang besar kecil sahaja,
Tempat orang siam lalu lalang,
Hari raya kita berbelanja,
Jangan sampai menambah hutang.
2 orang memberi respon:
bapak kau menipu
Bapak sapa?
Catat Ulasan