RSS

Perancangan Bahasa



#Situasi 35


Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 22), perancangan bahasa ialah usaha-usaha yang dilaksanakan untuk memupuk bahasa ke arah taraf bahasa yang lebih maju. Usaha ini dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perancangan bahasa ini terdiri daripada tiga peringkat seperti dalam rajah di bawah, iaitu:


Pengekodan Bahasa

Pengekodan bahasa merupakan salah satu perkara yang terkandung dalam perancangan bahasa. Pengekodan ialah proses penghasilan satu variasi bahasa standard yang sempurna dan seragam daripada aspek tatabahasa, ejaan, makna dan sebutan. (Tatabahasa Dewan, 2008: 23)

          Seperti yang kita sedia maklum, negara kita terdiri daripada pelbagai dialek seperti dialek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sabah, Sarawak dan sebagainya. Penghasilan variasi bahasa ini adalah berperanan untuk membolehkan masyarakat Malaysia menggunakan satu bahasa iaitu bahasa Melayu dalam percakapan atau penulisan. 

          Kewujudan bahasa standard ini penting dan boleh diaplikasikan di pusat pengajian tinggi, sekolah dan badan-badan kerajaan lain dalam pelbagai urusan rasmi. Pengekodan ini dapat dilihat melalui empat aspek. Antaranya ialah:

1- Ejaan
  • Mengadakan satu sistem ejaan baharu untuk mengatasi kelemaha ejaan sedia ada.
  • Mengadakan sistem ejaan secara bersama dengan Indonesia yang dicapai pada tahun 1972. Perkara ini dilaksanakan melalui Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) yang mana nama baharunya ialah Majlis Bahasa Brunei, Indonesia, Malaysia (Mabbim).
2- Perkamusan
  • Menambahkan perbendaharaan kata yang biasa atau khusus.
  • Pertambahan perbendaharaan kata ini boleh dilaksanakan dengan merekodkan perkataan baharu ke dalam kamus sebagai rujukan.
  • Perkara ini penting untuk memberikan kefahaman dan kejelasan sesuatu perkataan kepada pembaca.
  • Urusan perkamusan ini dilaksanakan oleh pihak DBP dan orang perseorangan. 
3- Tatabahasa
  • Tatabahasa terdiri daripada dua bahagian iaitu morfologi dan sintaksis.
  • Pengekodan pada peringkat ini bermaksud pengembangan cara pembentukan kata, frasa dan ayat.
  • Berlakunya kemajuan dengan menghasilkan perkataan baharu dengan menggunakan bentuk penggandaan separa dan meminjam imbuhan daripada bahasa asing.



0 orang memberi respon:

Catat Ulasan