#Situasi 35
Hari ini saya menerima satu pesanan ringkas (SMS) daripada seorang kawan yang ditugaskan untuk sama-sama membuat tugasan. SMS tersebut adalah seperti di bawah, iaitu:
A: Nak discuss lagi tak malam ni?
S: Entah. Terpulang pada kau la.
A: Malam ni discuss la. Naik rumah aku malam ni. Aku tunggu.
Berdasarkan SMS di atas, didapati bahawa kawan saya mengamalkan ketidaksantunan berbahasa. Perkara ini dapat dilihat melalui kiriman SMS nya yang kedua kepada saya. Seperti yang kita dapat lihat, ayat tersebut merupakan satu ayat yang berbentuk arahan atau perintah.
Jika dilihat ayat tersebut, dia memerintah saya supaya datang ke rumahnya untuk berbincang. Ketika menerima pesanan ini, saya berasa sedikit kecil hati kerana nadanya seperti memerintah saya ke rumahnya.
Pendapat:
Seharusnya dia menggunakan bahasa yang lebih santun dan tidak mudah menyinggung perasaan orang lain atau perasaan penerima SMS itu. Ayat lebih bersopan yang boleh digunakan adalah dalam bentuk pertanyaan atau ayat penyata yang lebih bersopan seperti,
1- Malam ni kita jumpa ea. Kau datang rumah aku boleh Nadia?
2- Nadia, malam ni kita bincang kat rumah aku ea.
Gunakanlah bahasa yang lebih bersopan. Pasti tiada siapa yang tersinggung. :)
** A: Kawan saya
S: Saya
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan