#Situasi 37
Bohong ialah perlakuan seseorang menyatakan sesuatu secara tidak jujur. Bohong ini boleh berlaku dalam situasi lisan mahu pun bertulis. Pembohongan ini dilakukan atas beberapa faktor seperti memperdaya orang lain dan menunjukkan kesopanan ketika berbahasa iaitu berbohong dengan tujuan untuk menjaga hati orang lain.
Bohong terdiri daripada dua jenis iaitu bohong betul dan bohong sosial atau bohong sunat. Bohong betul ini ialah pembohongan yang dilakukan untuk memperdaya orang lain, manakala bohong sunat ini berupaya memberikan manfaat sosial kepada orang lain.
Bahasa bohong terdiri daripada tiga jenis iaitu:
1- Bohong untuk orang lain
Pembohongan ini dilakukan untuk menjaga hati orang lain.
Contoh Situasi:
A: Cantikkan aku hari ni? Pandai tak aku bersolek?
B: Cantik. Kau nak pergi jumpa bakal mak mertua kau ke?
A: Iya lah. Aku nak melawa sikit jumpa bakal mak mertua aku. Baru dia suka.
B: Ikut suka kaulah. Asalkan diri kau bahagia.
2- Bohong untuk diri sendiri
Pembohongan jenis ini dilakukan untuk melindungi kesalahan diri sendiri.
C: Eh. Tugasan hantar hari Rabu ini kan?
D: Mana ada la. Rabu minggu depan baru hantar laa.
C: Minggu ini la. Hari tu aku dengar pensyarah kata hantar Rabu ini.
D: Alah. Minggu ni ke minggu depan ke lambat laun kena hantar juga.
*Berdasarkan situasi di atas, D mengatakan bahawa tugasa perlu dihantar pada Rabu minggu hadapan kerana dia masih belum menyiapkan tugasan tersebut. Dia membohng C untuk melindungi kesalahan dirinya sendiri iaitu tidak menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan.
3- Bohong untuk semua pihak
E: Eh. Betul ke aku dengar Siti bergaduh dengan Amin?
F: Entah la. Aku pun tak pasti.
*Berdasarkan situasi di atas, F memberikan jawapan seperti berikut untuk melindungi rahsia bahawa Siti dan Amin yang telah bergaduh.
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan