RSS

Peribahasa Melayu dan Peribahasa Cina


#Situasi 32

Peribahasa merupakan salah satu bentuk kiasan yang lazimnya digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu. Bahasa kiasan ini digunakan oleh ahli masyarakat untuk meluahkan sesuatu dan menyampaikan pesanan, teguran dan sindiran halus kepada seseorang. Ia digunakan untuk mengelakkan seseorang berasa tersinggung jika kita menggunakan teguran dan sindiran secara terus.

         Peribahasa ini bukan sahaja wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Sebenarnya, masyarakat Cina juga kaya dengan peribahasa yang tersendiri untuk menyampaikan teguran. Di sini saya ingin berkongsi beberapa peribahasa Melayu dan Cina yang mmpunyai maksud yang sama. 

1- Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. (PM)
     Seketul tahi tikus boleh mengotorkan sekuali bubur. (PC)

     Maksud: Seseorang yang melakukan kesalahan akan memalukan seisi kampung atau   
                     anggota masyarakat.

2- Lagak padang, omong Betawi. (PM)
     Gantung kepala kambing, jual daging anjing. (PC)
    
     Maksud: Cakap besar tapi tiada isi.

3- Berapa tajam pisau parang, tajam lagi mulut manusia. (PM)
     Pasang api bakar bukit. (PC)

     Maksud: Orang yang suka menghasut orang lain supaya bergaduh.

4- Cakap berlauk-lauk, makan dengan sambal berlada. (PM)
     Biar papa asal bergaya. (PC)
  
     Maksud: Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.

5- Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. (PM)
     Angin dan air ada edaran. (PC)

     Maksud: Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

6- Indah khabar dari rupa. (PM)
     Seribu kali bertanya tidak berguna, lebih baik tengok sendiri. (PC)

     Maksud: Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenar.

7- Pisang tidak akan berbuah dua kali. (PM)
     Kuda yang makan rumput tidak akan pusing semula ke belakang. (PC)

     Maksud: Kesilapan yang lepas tidak akan berulang semula.

8- Mati tidak kerana sumpah, hidup tidak kerana kaul. (PM)
     Manusia tidak boleh menentukan nasib, hanya Tuhan sahaja yang boleh menentukannya. 
     (PC)

     Maksud: Hidup dan mati ditentukan Tuhan.

9- Lonjak sebagai labu dibenam. (PM)
     Antara sebuah bukit, ada lagi bukit yang lebih tinggi. (PC)

    Maksud: Sombong, angkuh.

10- Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. (PM)
       Satu bukit senang diubah tetapi perangai manusia sukar diubah. (PC)

    Maksud: Tabiat orang mungkin berubah.



* (PM) - Peribahasa Melayu
   (PC)  - Peribahasa Cina

Rujukan: Saidatul Nornis Mahali (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu: Penerbitan UMS.

2 orang memberi respon:

yatt berkata...

assalamualaikum, boleh saya tahu dari mana data itu diambik. dari buku kah?

vanslowtahir berkata...

Anodizing Titanium | TiG Technology
iTiGe Technology titanium wok manufactures premium materials and applications for titanium white dominus the titanium necklace automotive, online, titanium tv apk retail and retail industries. mens wedding bands titanium The material: Aluminum

Catat Ulasan