#Situasi 33
Bahasa Eufemisme merupakan bahasa yang menggunakan kata-kata yang manis untuk menggantikan kata-kata yang agak kasar. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat di Malaysia ini terdiri daripada bangsa yang bersopan santun dan berbudi bahasa serta mempunyai pekerti yang halus.
Perkara ini dapat dilihat daripada masyarakat melayu itu sendiri. Akibat daripada sifat yang bersopan santun, masyarakat Melayu sentiasa mahu menjaga tutur katanya. Oleh hal yang demikian, penggunaan ungkapan seperti eufemisme ini sesuai untuk menunjukkan kesopanan teresebut.
Antara faktor penggunaan eufemisme adalah untuk menutup keadaan yang kurang menyenangkan dan penggunaannya mampu menimbulkan motivasi dan secara tidak langsung boleh menimbulkan penghargaan terhadap orang yang diperkatakan.
Contoh eufemisme ialah seperti di bawah:
Perkataan asal | Eufemisme |
berak | Buang air besar |
babi | Khinzir |
jamban | Tandas |
mengandung | Berbadan dua |
kuli | Pembantu rumah |
Petang tadi, saya telah berbual dengan penghantar barang daripada perkhidmatan pos laju. Ketika itu datang sekumpulan pekerja Bahtera ke rumah untuk membaiki sinki rumah kami yang rosak. Perbualan antara saya dan penghantar barang adalah seperti berikut:
PB: Diorang nak apa tu?
Saya: Oh. Diorang datang nak baiki kerosakan.
PB: Apa yang rosak? Jamban?
Saya: Eh. Tak la. Sinki rosak.
Penggunaan perkataan 'jamban' oleh penghantar barang itu dikatakan sebagai perkataan biasa yang kurang sopan. Oleh hal yang demikian, sepatutnya penghantar barang itu menggunakan perkataan 'tandas' untuk menunjukkan kesopanan dan kesantunan ketika berbahasa.
*Ayuh kita gunakan bahasa yang sopan. Kan semua masyarakat Malaysia bersopan santun dan berbudi bahasa. :)
Rujukan: Saidatul Nornis Mahali (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu: Penerbitan UMS.
Rujukan: Saidatul Nornis Mahali (2007). Unsur Bahasa dalam Budaya. Kota Kinabalu: Penerbitan UMS.
1 orang memberi respon:
Assalamualaikum,
sampai ke sini melalui "eufemisme" yang saya temui di ruang komen sinar harian ... saya belajar sesuatu yang baru hari ini :) terima kasih.
hajjah
Catat Ulasan