RSS

Rumus Alternasi


#Situasi 31

Menurut Ervin Tripp, mikrososiolinguistik merupakan kajian tentang komponen interaksi bersemuka sebagaimana ia berkaitan dengan struktur formal berbahasa.  Perkara ini termasuklah peserta, suasana, fungsi interaksi, tajuk, pesanan dan saluran. Ketika berinteraksi, terdapat pelbagai perkara yang harus dititikberatka iaitu suasana, status menonjol, pangkat dan jati diri. 

          Dalam hal ini, Ervin Tripp menyediakan tiga rumus dalam sistem sapaan iaitu,

1- Rumus Alternasi
     Rumus alternasi merupakan kaedah yang berkaitan dengan cara menyapa seseorang. Perkara ini berkaitan penggunaan kata sapaan berdasarkan faktor yang mempengaruhinya. Faktor tersebut ialah:

a) Situasi yang ditandai oleh status. Perkara ini merujuk kepada latar atay tempat perbualan ini dilaksanakan. Penggunaan sapaannya adalah berdasarkan situasi. Sebagai contoh di dalam mahkamah seseorang akan menggelarakan hakim sebagai Yang Arif.

b) Pangkat yang merujuk kepada tatatingkat dalam suatu organisasi kerja. Perkara ini menunjukkan perbezaan status sebagai contoh guru besar, guru dan pelajar.

c) Bergelar pula merujuk kepada gelaran yang diperoleh ketika belajar dan digunakan gelaran tersebut ketika bekerja. Sebagai contoh, gelaran bagi doktor di hospital iaitu 'Doktor'.

2- Rumus Perurutan
Rumus ini adalah susunan kata sapaan yang bermula dengan rujukan kehormatan diikuti gelaran yang disandang dan nama peribadi. Sebagai contoh Profesor Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli Saludin. Gelaran yang disandang ialah Profesor Madya Dato Paduka Dr dan nama peribadi beliau ialah Mohd Rosli Saludin.

3- Rumus Kejadian Bersama
Rumus ini merupakan rumus yang menekamkan rujukan kehormat yang disesuaikan dengan kedudukan orang yang disapa dan rujukan ini digunakan pada tempat yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai pangkat Tan Sri dan Datuk menggunakan rujukan kehormat Yang Berbahagia.




0 orang memberi respon:

Catat Ulasan