RSS

Telo Cina, India.


#Situasi 30

Semasa menjelajah Google tadi, saya ternampak gambar di bawah dan saya merasakan bahawa gambar ini sangat menarik untuk dijadikan contoh topik saya hari ni iaitu penggunaan telo dalam perbualan.


          Berdasarkan gambar di atas, kita dapat lihat adanya perkataan 'losak' yang sebenarnya perkataan tersebut merujuk kepada perkataan bahasa Melayu 'rosak'. Perkataan 'losak' merupakan sebutan perkataan tersebut dengan menggunakan telo cina. Selain daripada telo cin, telo lain yang sering dilihat dalam pertuturan ialah telo india dan Inggeris.

          Telo ini sering digunakan apabila seseorang itu terutamanya masyarakat Melayu ingin meniru cara percakapan orang Cina, India mahu pun mat salleh. Perkara ini berlaku apabila seseorang itu ingin berinteraksi dengan masyarakat Cina dan India. 

          Contoh penggunaan telo adalah seperti di bawah iaitu:

1- Telo Cina
     Haiya. Apek, lu mana pigi? Lama tak nampak lu. Sulah lindu sama lu woo.

2- Telo India
     Macha, berapa harga ini roti canai? 


Pendapat:

Pada pendapat saya, penggunaan telo ini sedikit sebanyak telah menjadi suatu perkara yang menjejaskan bahasa Melayu. Perkara ini berlaku apabila seseorang itu bercakap menggunakan telo dan tidak lagi menggunakan bahasa Melayu yang betul. 

          Mungkin penutur yang menggunakan telo berpendapat bahawa apabila bercakap  dengan orang Cina atau India menggunakan telo, keakraban mereka lebih teserlah. Perkara ini memang tidak saya nafikan berlaku. Tetapi, mereka harus menggunakan telo itu secara berpada-pada agar tidak menjejaskan bahasa Melayu.


0 orang memberi respon:

Catat Ulasan