#Situasi 29
Hari ini kami, jawatankuasa Logistik untuk program Bengkel Majalah dalam Darjah (MDK) ke kampus baharu untuk menyediakan tempat untuk bengkel keesokan harinya. Selesai menyediakan tempat, kami singgah ke pasar petang Kolej Harun Aminurrashid untuk membeli makanan.
Selesai membeli mee rebus, saya berjalan pulang. Dalam perjalanan, saya terjumpa mahawiswa Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Geng Balqis. Mereka terdiri daripada Ain yang berasal dari Kedah, Balqis dari Perlis, Hafizah dan Fazrina dari Kelantan. Mereka menegur saya dengan menggunakan bahasa Melayu biasa. Kami berbual seperti biasa. Cuba bayangkan andai mereka menggunakan dialek Utara dan dialek Kelantan ketika berbual dengan saya. Pasti tiada respon daripada saya. Hehe. Maklum la. Saya belum sempat belajar kedua-dua dialek tersebut.
Apa yang menariknya, walaupun mereka berasal dari negeri yang berlainan dialeknya, mereka tetap berinteraksi menggunakan dialek negeri masing-masing. Apa yang menariknya, mereka saling memahami dialek yang dituturkan. Saya dapat mendengar mereka dapat berbual menggunakan dialek masing-masing.
Pendapat:
Pada pendapat saya, situasi di atas merupakan suatu perkara yang menarik. Hal ini demikian kerana, kita selalu beranggapan bahawa orang lain tidak dapat memahami dialek kita dan kita tidak memahami dialek mereka. Perkara ini memang berlaku dan komunikasi yang berlangsung itu tidak berkesan atau gagal kerana pendengar tidak dapat memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh penutur.
Mereka mungkin sudah memahami dialek antara satu sama lain kerana mereka sudah berkawan da tinggal serumah sejak semester satu. Sebenarnya, penggunaan dialek yang berbeza ini menarik. Di samping itu, kita turut boleh belajar dialek yang kita tidak pernah tahu.
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan