RSS

Peribahasa Moden


#Situasi 28

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Masyarakat Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mampu menjadi medium menyampaikan nasihat dan tauladan. Masa ini, jika dilihat di internet, sudah wujud peribahasa moden tetapi maksudnya masih sama dengan peribahasa lama.

          Di sini saya sertakan beberapa contoh peribahasa moden yang diambil daripada laman web.

1) Peribahasa: Lembu punya susu, Nestle dapat nama.
Maknanya: Macam mana keras bekerja pun, macam mana nya canggih idea kita pun, last last, boss jugak yang dapat nama. 

2) Peribahasa: Melepaskan batuk di dalam lift.
Maknanya: Helo! Kalau nak lepaskan penyakit atau kuman tu carilah
tempat yang sesuai. Janganlah di tempat awam yang tertutup. 

3) Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya: Dua orang yg pantang bertemu. Asyik nak berasmara saja. 

4) Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke najis jugak dia hinggap.
Maknanya: Orang kalau dah perokok tu dan pernah berhenti merokok pasti akan mula merokok semula. 

5) Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke sukan Olimpik jua.
Maknanya: Jangan macam bagus. Yang macam bagus itu la orang yang memang tak bagus.


6) Peribahasa: Biar putih tulang jangan kuning gigi.
Maknanya: Walaupun rupa paras kacak, kalau gigi tak dijaga, kuning-berkarat, jangan lah cuba nak mengurat.


7) Peribahasa: Kalau tidak ada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknanya: Ada orang kentotlah tu.

8) Peribahasa: Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.
Maknanya: Orang yg tak sedar diri, tak kenang jasa baik orang yang mula-mula mempopularkan dia.

9) Peribahasa: Ada udang di sebalik udang lain
Maknanya: Jangan sangka yang duduk seorang diri di tempat sunyi itu memang seorang diri. Check betul-betul, mesti ada seorang lagi. kat bawah ke, kat tengah ke, tengah baring ke.

10) Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknanya: Jangan nak tersengih-sengih kat depan PC. 

Sebenarnya, ketika mengambil kursus Sejarah Kesusasteraan Melayu, saya ada belajar lebih banyak lagi peribahasa moden ini. Sememangnya peribahasa moden ini juga mengandungi nasihat yang tersendiri. Kewujudan peribahasa moden ini juga boleh menyedarkan para remaja bahawa masyarakat Melayu sangat kaya dengan kosa kata. :)


Peribahasa moden yang lain di: 


Pendapat:

Melalui pemerhatian saya, peribahasa moden ini telah diolah dan disesuaikan berdasarkan peribahasa lama. Saya tidak pasti adakah penggunaan peribahasa moden ini dibenarkan dalam penulisan atau ia hanyalah rekaan anak muda semata-mata. Yang penting, kesemua peribahasa moden ini juga mengandungi unsur nasihat yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. 




0 orang memberi respon:

Catat Ulasan