RSS
Memaparkan catatan dengan label Ragam Bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ragam Bahasa. Papar semua catatan

'Sayang sayang sayang'


#Situasi 17

Adakah anda masih ingat lagu Aliff Aziz yang sangat popular suatu masa dahulu? Pasti semua pembaca tertanya-tanya lagi Aliff Aziz yang mana yang saya maksudkan kerana penyanyi muda kelahiran Singapura ini sememangnya telah menyanyikan banyak lagu. Sebenarnya, lagu yang saya maksudkan ialah lagu 'Sayang sayang' yang sememangnya saya pasti menjadi siulan para remaja ketika lagu ini popular dahulu.

          Jika masih ada pembaca yang tidak ingat, atau samar-samar ingata tentang lagu ini, ayuh kita lihat klip video dan lirik lagu yang saya paparkan di bawah.



(Hentikan lagu blog jika ingin menonton video ini)

Masa ku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang



          
          Tujuan saya paparkan video dan lirik lagu ini bukanlah untuk mengajak semua pembaca berkaraoke di ruangan blog saya. Apa yang ingin saya tekankan ialah penggunaan frasa 'sayang sayang sayang' dalam lagu ini.  Ada apa yang tidak kena dengan frasa tersebut? Sebenarnya, tidak ada salahnya penggunaan frasa tersebut pada lagu ini. Pernahkan pembaca terfikir apakah tujuan pencipta lirik mengulang perkataan 'sayang' sebanyak tiga kali? Tidak cukupkah dengan hanya sekali?

          Dalam bahasa Melayu, pengulangan perkataan tersebut dikenali sebagai Bahasa Pengulangan. Penggunaan Bahasa Pengulangan ini adalah untuk menunjukkan penekanan penutur atau penulis terhadap sesuatu perkara yang penting. Sebagai contoh, melalui lirik lagu di atas, kita dapat memahami bahawa penyanyi ingin menekankan bahawa lagu yang ditujukan ini adalah kepada orang yang digelar sebagai 'sayang'. Oleh sebab itulah frasa 'sayang sayang sayang' digunakan.


Pendapat :

Penggunaan Bahasa Pengulangan ini boleh dikatakan satu ragam bahasa yang penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang penutur menekankan kepada sesuatu frasa atau perkataan ketika bertutur, maka pendengar dapat memahami atau dapat mengenalpasti apakah isi penting yang ingin diketengahkan atau ditekankan oleh penutur. 

          Sebagai contoh, ayat "Kau jangan turun dari pokok tu. Jangan turun. Jangan turun. Bergayut aje atas pokok tu". Melalui ayat di atas, kita dapat memahami bahawa penutur menghalang pendengar yang bergayut di atas pokok turun. Hal ini demikian kerana frasa 'jangan turun' diulang sebanyak dua kali. 

             Oleh hal yang demikian, kita sebagai penutur natif bahasa Melayu bolehlah menggunakan Bahasa Pengulangan ini untuk menekankan sesuatu perkara yang dianggap penting dalam perbualan.

Bahasa Terbalik

#Situasi 13

"Haa. Elok la tu kakak. Maghrib ni menyanyi la kuat-kuat. Baru orang tahu engkau pandai menyanyi". Itulah dialog yang pernah emak ungkapkan sewaktu saya berkaroke di rumah menjelang waktu Maghrib. Sejurus emak berkata begitu, saya terus menghentikan nyanyianku. "Ish emak ni. Ada pula waktu Maghrib ni suruh orang menyanyi. Kan sekejap lagi azan". Kata saya di dalam hati.

          Berdasarkan ayat emak di atas, emak seakan-akan menggalakkan saya menyanyi lagi. Tetapi pada hakikatnya, ayat tersebut merupakan salah satu perlian yang emak lemparkan pada. Jika diteliti maksud sebenar ayat, mungkin saya akan merasakan bahawa emak melemparkan perlian pedas kepadaku. Oleh kerana emak menggunakan bahasa yang sebegitu, sayatidak rasa diperli dengan tajam.

Pendapat:

Sebenarnya, ayat yang digunakan oleh emak itu dikenali sebagai bahasa terbalik. Bahasa ini merupakan salah satu jenis ragam yang terkandung dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sememangnya unik dan tersendiri kerana berjaya melahirkan pelbagai ragam bahasa yang digunakan oleh manusia mengikut keperluan dan situasi tertentu. 

              Bahasa terbalik ini sering digunakan untuk menegah seseorang melakukan sesuatu. Cuba teliti kedua-dua ayat di bawah dan kenal pasti perbezaannya.

1- Itu la. Aku dah kata, jangan panjat pokok tu. Kan dah jatuh.
2- Haa. Engkau panjat lah lagi pokok tu. Panjat tinggi-tinggi lagi kalau boleh.

Ayat pertama merupakan ayat tegahan yang digunakan secara terus. Seseorang itu menegah rakannya memanjat pokok tersebut. Manakala ayat kedua merupakan ayat tegahan tetapi menggunakan bahasa terbalik. Selalunya, setelah orang yang ditegah memahami bahasa terbalik tersebut, mereka dengan segera menghentikan perkara yang dilakukan. 

          Seperti yang kita sedia maklum, orang Inggeris tidak mempunyai pelbagai ragam bahasa. Oleh hal yang demikian, jika berlaku ketidakpuashatian atau ingin menyindir, mereka menggunakan bahasa terus atau direct to the point. Terdapat beberapa prinsip penggunaan bahasa terbalik ini iaitu yang pertama, bahasa ini mempunyai maksud yang bertentangan dengan maksud sebenar, difahami oleh pendengar dan sekiranya mesej yang disampaikan tidak difahami, komunikasi tersebut gagal.