#Situasi 12
Di dalam kelas, ramai dalam kalangan rakan saya yang berasal dari negeri lain di Malaysia teringin sangat mendengar saya dan seorang rakan yang berasal dari Negeri Sembilan bercakap menggunakan dialek negeri kami sendiri. Tetapi, sebenarnya susah untuk kami menggunakan dialek ketika berhadapan dengan rakan yang bukan berasal dari Negeri Sembilan.
Hari ini saya mengemukakan satu video tanpa gambar yang berinteraksi menggunakan dialek Negeri Sembilan beserta maksudnya.
(Hentikan lagu blog seketika untuk menonton video ini)
Wan : Dogheh makan nia ha! Dah kol bapo? Kol tigo kang pongantin tibo tak dayo nak layan
ko do.. Ha! Dogheh poie makan bawah ghumah tua ha!
(Cepat makan ni ha! Dah pukul berapa? Pukul tiga kang pengantin datang tak larat nak
layan kau de. Ha! Cepat pergi makan bawah rumah tu!)
Atok : Sibuk la wan kau tu ai.. Dio tak makan laie sibuk mengiro an oghang! (Sibuk la wan kau
tu. Dia tak makan lagi sibuk ambil tahu pasal orang)
Wan : Dogheh! Kol bapo da nia.. Tu daging bolom gulai laie ha. Pueh den koba la daghi malam
tadi masak ea. Ghobuih kontang tak lombot. Noneh tak kupeh!
(Cepat! Dah pukul berapa dah ni. Daging tu belum gulai lagi. Da puas saya cakap dari malam tadi suruh
masak. Rebus kentang tak lembut. Nenas tak kupas)
Atok : Ekau ni apo pulak mulo eh? Poie balik ghumah tu. Ghumah tak masak, heboh ghumah
oghang!
(Awak kenapa pula ni? G balik rumah tu. Kat rumah tak masak, sibuk-sibuk kat rumah orang)
Wan : Ayolah! Ni bukan orang lain. Sepupu awak yo. Kalau awak tak buek, sapo laie nak buek
eh?
(Yela! Ni bukan orang lain. Sepupu saya jugak. Kalau saya tak buat, sapa lagi nak buat?)
Atok : Iyo! Kau yola pandai. Oghang lain takdo camtu nak sibuk eh do. Ekau yo sibuk tak
tontu arah. Ni tang malam tadi keluar bolom balik-balik laie do.
(Yela! Awak jela yang pandai. Orang lain taklah sibuk sangat macam ni. Awak je yang sibuk tak tentu arah.
Dari malam tadik keluar belum balik-balik lagi)
Wan : Ayolah! Oghang tido sinia.. Banyak kojo ni ha! Nak kupeh noneh mo ni ha. Kontang tu
ha tak bokupeh laie.
(Yela! Orang tido sini. Banya keje ni ha. Nak kupas nenas sume ha. Kentang tak berkupas lagi)
Atok : Kepalo kau tu den kupeh kang! Kupeh.. Kupeh.. Balik mandi lu. Tu ha cucu awak kek
umah tigo oghang molalak tak makan tu ha..
(Kepala awak saya kupas kang. Kupas.. Kupas.. Balik mandi dulu. Cucu awak kat rumah tu tiga orang menangis tak makan)
Wan : Bawak sini ha budak-budak tu makan ni ha! Kek umah tu ha apo makan eh kek umah
tu do!
(Bawa budak-budak tu makan kat sini. Kat rumah tu apa yang nak dimakan?)
Atok : Ekau la p amik. P anta nasik budak-budak tu ha. Tolalak-lalak. Ni ha tak malu kek
oghang gek eh!
(awak la g ambil. G hantar nasi budak-budak tu. menjerit-jerit. Tak malu kat orang kot)
Wan : Takdo nak malu. Sedagho awak lako lagi. Takdo malu ea do. Awak da makan lom? Poie
makan mo budak-budak bawah ghumah tu ha.
(Tak ada nak malu. Sedara kita semuanya ni. Takde malu de. Awak da makan lom? Pergi makan dengan budak-budak kat bawah rumah tu.)
Atok : Tak koso den do. Ko ni gilo ko apo makan mo budak-budak. Jarang tengok kek oghang
oghang tuo makan mo budak-budak. Ko ni den teghajang kang kot teperosok kek api tu
ha kang.
(Tak kuasa saya de. Awak gila ke makan dengan budak-budak. Jarang orang
tengok orang tua makan dengan budak-budak. Awak ni kang saya terajang kot
terperosok kat api tu)
Budak : Tokngah, Wan ongah ni apo kelaie ni? Malu kek oghang ni hah! Poie balik ghumah tu ha.
(Tokngah, Wan Ngah kenapa bergaduh ni? Malu kat orang. G balik rumah)
Atok : Ni ha wan ongah taknak balik. Den ajak dio balik la ni ha. Nonggok, moghayau yo. Den sunyi kek ghumah tu ha. Den nonggok soghang kek ghumah tu boring yo. Den tengok TV apo bondo cakap yo pulak. Takdo lawan eh, takdo apo eh. Kok malam tu sodap yo cito hompeh-hompeh, nembak-nembak mo. Aaa.. Poie la sini ha. apo diheboh an nyo ha!
(Wan Ngah tak nak balik. Tokngah ajak die balik la ni. Duduk, merayau je. Tokngah sunyi kat rumah tu ha. Duduk sorang kat rumah tu bosan jugak. Tengok TV tu entah ape-ape bercakap je pulak. Takde lawan, Takde ape-ape. Kalau malam tu sedap jugak cerita hempas-hempas, tembak-tembak)
Wan : Awak balik la dulu. Kang oghang balik laa.
(Awak balik la dulu. Karang saya balik la)
Atok : Bilo ko nak balik?
(Bila awak nak balik?)
Pendapat:
Pada pandangan dan pembacaan saya, dialek Negeri Sembilan merupakan salah satu dialek yang boleh dikatakan unik dan tersendiri. Ramai yang menganggap bahawa dialek Negeri Sembilan merupakan bahasa Minang. Sebenarnya, dialek Negeri Sembilan bukanlah bahasa Minang tetapi ia merupakan dialek yang kebanyakan perkataannya hanya menerima perubahan daripada aspek fonologi iaitu sebutan.
Penggunaan dialek ini tidak bermaksud kita terlalu mengagungkan dialek kita sendiri, sebaliknya penggunaan dialek ini dapat menyerlahkan identiti kita sebagai ahli kepada sesebuah komuniti yang khusus. Tetapi, perlu diingat bahawa penggunaan dialek ini perlu bersesuaian dengan tempat dan dengan siapa kita bercakap.
Sememangnya sangat tidak wajar kita menggunakan dialek negeri sendiri ketika bercakap dengan orang yang berasal dari negeri lain. Hal ini demikian kerana mereka mungkin akan menganggap bahawa percakapan kita itu berniat untuk memerli mereka kerana mereka tidak memahami maksud perkara yang kita tuturkan.