#Situasi 20
Pada suatu hari di dalam kelas salah satu kursus yang saya sertai. Ikuti dialog di bawah.
Dr A: Eh. Kenapa komputer ini tidak berfungsi? Siapa ketua kelas? Mari tolong saya.
KK : Saya Dr. Kenapa? (Sambil menekan-nekan butang kawalan komputer)
Dr A: Boleh tak? Kalau tak boleh tolong panggilkan juruteknik.
KK : Baik Dr. (Lalu menghubungi juruteknik)
*
*
*
*
*
Beberapa minit kemudian, juruteknik masuk ke kelas kami.
JT : Ya Encik. Ada apa-apa masalah?
Dr A: Kenapa ya komputer ini tidak berfungsi?
JT : Sebentar. (Membetul-betulkan apa yang tidak betul pada komputer)
OK sudah Encik.
Dr A: Terima kasih.
Juruteknik berlalu keluar dari kelas kami.
Dr A: Saya pantang betul kalau orang panggil saya Encik. Padahal saya Dr. Bukan senang
saya nak dapatkan gelaran Dr ini tahu. Senang-senang nak panggil saya Encik. Lagi satu,
pernah ada orang panggil saya Profesor. Itu sudah dikira memerli saya. Padahal saya
belum lagi mencapai tahap Profesor. Lain kali, kalau awak mahu panggil orang, kenali
dahulu seseorang itu. Panggil beliau dengan gelaran yang sesuai dengan beliau.
**
KK: Ketua Kelas
JT : Juruteknik
Pendapat:
Sememangnya kita wajar memanggil seseorang itu dengan gelaran yang betul. Tetapi, tidak semua orang mengetahui gelaran sebenar orang itu melainkan mereka mengenali antara satu sama lain. Berdasarkan situasi di atas, Dr A tidak seharusnya menyalahkan juruteknik tersebut kerana memanggil beliau dengan gelaran Encik. Hal ini demikian kerana juruteknik tersebut tidak mengenali beliau.
Di bawah ini saya sertakan Pasangan Rujukan Kehormat yang bersesuaian dengan pangkat atau kedudukan seseorang.
Sumber: Scribd.
*Gunakan kata sapaan atau gelaran kehormat yang betul semasa anda berkomunikasi. Ia merupakan salah satu kesopanan dalam berbahasa. :)
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan