RSS

Kosa Kata Dialek Negeri Sembilan


#Situasi 19

Saya pasti, semua pelajar Ijazah Sarjana Muda pasti sedang menghitung hari untuk pulang ke kampung untuk cuti pertengahan semester. Begitu juga saya. Tak sabar rasanya untuk pulang ke Negeri Sembilan. Dalam minda saya sudah tersenarai perkara yang saya ingin lakukan serta menu makanan yang saya idam-idamkan. Senarai menu pastinya akan saya luahkan pada emak sesampai di kampung. Seronoknya jika sekarang saya dapat menikmati gulai ketam hasil air tangan emak!

          Gulai ketam ini menguatkan lagi rasa rindu saya di kampung. Sebenarnya, saya bukan menulis untuk menceritakan gulai ketam dan sebagainya. Tujuan saya menulis pada entri kali ini adalah untuk bertanya pembaca satu soalan khususnya kepada pembaca yang berasal dari negeri yang mempunyai dialek seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan sebagainya. Ketika berada di kampung, adakah bahasa atau dialek yang anda gunakan sama dengan dialek atau bahasa yang anda gunakan di universiti?

          Tiiidaaakkkk! Saya pasti jawapan anda semua tidak kan? Hehe. Sebabnya saya pun begitu. Ketika pulang ke kampung, saya lebih gemar bertutur menggunakan dialek memandangakan semua orang di kampung faham dialek Negeri Sembilan. Di universiti saya kurang menggunakannya bukan kerana saya tidak bangga menjadi warga Negeri Sembilan. Saya cuma khuatir, jika saya menggunakan dialek ketika berbual dengan kawan-kawan mereka akan terpinga-pinga dan komunikasi kami gagal. 
   
          Disebabkan kurang bertutur menggunakan dialek, ada kawan-kawan yang pernah meminta saya bertutur menggunakan dialek kerana mereka jarang mendengar orang bertutur menggunakan dialek Negeri Sembilan. Saya bukan tidak boleh bertutur menggunakan dialek, cuma ada sesetengah perkataan yang memang sukar untuk difahami. Oleh hal yang demikian, saya sudah menyediakan sebanyak 20 kosa kata dialek Negeri Sembilan yang boleh dijadikan panduan untuk pembaca yang pernah terdengar atau berminat untuk mempelajari dialek Negeri Sembilan. 

Kosa kata Negeri Sembilan

Bahasa Melayu standard
Ayat
Koba
Kata atau menyatakan
Den da koba da. Jangan main menghocon. Kan da hilang duo jari. Buek laie!
Podeh
pedas
Mang ai. Apo podeh bona kari ayam kau ni?
Ontok-ontok
Diam-diam
Ekau ni. Duduk la ontok-ontok. Macam ulek yo mongolintin eh haa.
kecek
bodek
Man, kau cubo kecek coklet kek Milah tu haa. Sodap Nampak eh tu ha.
ghoman
Raut wajah
Apo macam tu ghoman kau? Macam baghu lopeh nampak hantu yo.
hobin
pukul
Den hobin ekau mo kayu ni kang. Masuk ghumah dogheh!
dogheh
cepat
Dogheh la poie mandi. Da maghrib da ni haa.
poloso
pemalas
Apo la poloso na anak laki den tu? Asyik makan, tidur, makan tidur yo kojo eh.
pongolan
galah
Bak sinia ha pongolan tu Siti. Nak kait buah manggo tu ha. Tinggi bona pulak deh.
Penganan
Dodol
Lamo eh pulak nak kacau penganan ni. Da la banyak pulak tu.
nonggok
duduk
Kau ni poie la caghi kojo. Nonggok kat umah ni apo yang dapek?
poie
pergi
Esok den ghaso maleh la nak poie sekolah. Bonci makmek den nengok cikgu bosa tu.
capuk
Bertompok-tompok
Apo kono adik kau ni Nani oi? Capuk bodak eh ha.
locut
baling
Kau jangan nak mengado-ngado ngejek den. Kang den locut mo selipar ni kang.
kopam
Kusam atau kotor
Kopam eh baju kau. Bapo bulan tak bebasuh ni? Ayo la. Selekeh nampak eh ha.
kocek
poket
Bak la duit den tu. Apo kau simpan dalam kocek seluar kau pulak? Buek macam duit kau yo tak?
Bonda atau banda
Tali air
kau poie la basuh kaki kek bonda tu ha. Bolumpo-lumpo kaki kau tu.
Jongkeh golak
Gelak terlampau
Hari tu den cito kek Pak Mail yang Mak Jah jatuh dalam longkang. Jongkeh golak orang tuo tu.
mongolintin
Tak reti duduk diam atau menangis.
Ish budak ini. Tang kodai tadi mongolintin melalak nak an mainan. Dah bosa takdo main mainan do.



Jika anda inginkan maksud kosa kata dialek Negeri Sembilan yang lain, sila tinggalkan pesanan atau pertanyaan pada ruangan komen. InsyaAllah saya akan cuba menjawab dengan sebaliknya. Selamat belajar!  :)

3 orang memberi respon:

Tanpa Nama berkata...

Kencek

Tanpa Nama berkata...

Tencek

Tanpa Nama berkata...

Duduk kt banda ke

Catat Ulasan