RSS

Melatah


#Situasi 18


Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, latah boleh didefinisikan sebagai sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang yang kebiasaannya perempuan tidak sedar apa yang dilakukannya. Selain itu, mereka suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari. Latah ini juga boleh berlaku apabila seseorang terperanjat lalu mengeluarkan perkataan atau melakukan perbuatan dengan tidak sengaja.

          Saya sering melihat situasi latah ini pada majlis kenduri kendara yang berlangsung di kampung. Pada masa itu, ramai wanita yang sudah berumur yang terdiri daripada nenek-nenek berkumpul dan berbual sambil bekerja. Pada masa ini juga mereka sering usik mengusik di antara satu sama lain. Ada di antara mereka yang melatah menunjukkan kelatahannya ketika diusik.

      Apabila dilihat mereka melatah ketika diusik, orang ramai lebih suka untuk mengusiknya lagi. Sebenarnya, latah ini bukan sahaja terjadi kepada kaum wanita yang sudah berumur atau tua. Latah ini juga boleh berlaku dalam kalangan lelaki dan anak muda. Seperti yang kita tahu, ramai artis Malaysia seperti Khiriah, Ieda Moin juga melatah. Oleh hal yang demikian, latah ini berlaku kepada sesiapa tanpa mengira peringkat umur, pekerjaan dan sebagainya. 

          Melalui pembacaan saya tentang latah ini, didapati bahawa penyakit latah hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara. Perkara ini dikuatkan lagi dengan pernyataan di bawah iaitu:
Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

          Saya pasti ramai pembaca yang pernah melihat orang melatah. Ada yang melatah dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar dan ada juga yang menari-nari, bersilat dan sebagainya. Jika mereka tidak berada dalam keadaan latah, saya yakin mereka berasa segan untuk melakukan perbuatan sedemikian. 


Pendapat: 

Kadang kala, saya berasa kasihan melihat orang tua terutamanya wanita berumur diusik dan melatah. Tetapi, perkara itu juga boleh menimbulkan kelucuan dan menggamatkan suasana kenduri. Dengan adanya usikan seperti itu, majlis akan menjadi meriah dan 'hidup'. 
   
          Sekiranya seseorang menyedari bahawa mereka sudah mula melatah, cuba elakkan dengan segera. Jika ia berlarutan dan berpanjangan, dikhuatiri penyakit tersebut sukar diubati. Selain mereka yang menghidap penyakit latah, ada juga individu yang melatah sekadar suka-suka atau 'buat-buat melatah'. 

          Jika anda bukan seorang yang memang melatah, jangan 'buat-buat melatah' kerana sekiranya ia sudah menjadi kebiasaan dalam diri, tabiat tersebut sangat sukar dibuang. 

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan