RSS

'Sayang sayang sayang'


#Situasi 17

Adakah anda masih ingat lagu Aliff Aziz yang sangat popular suatu masa dahulu? Pasti semua pembaca tertanya-tanya lagi Aliff Aziz yang mana yang saya maksudkan kerana penyanyi muda kelahiran Singapura ini sememangnya telah menyanyikan banyak lagu. Sebenarnya, lagu yang saya maksudkan ialah lagu 'Sayang sayang' yang sememangnya saya pasti menjadi siulan para remaja ketika lagu ini popular dahulu.

          Jika masih ada pembaca yang tidak ingat, atau samar-samar ingata tentang lagu ini, ayuh kita lihat klip video dan lirik lagu yang saya paparkan di bawah.



(Hentikan lagu blog jika ingin menonton video ini)

Masa ku teringat akan dirimu
Ada sesuatu begitu mengganggu
Diam-diam aku menyukaimu
Bermimpi bila kau jadi milikku
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Aku tahu akan sulit bagiku
Mencari-cari pengganti dirimu
Tapi bagi lelaki macam aku
Tak mau berakhir kerna begitu
Jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!
Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang

Tak mungkin, tak mungkin
Aku menyerah hanya kerna tak dapatkan kamu
Meski jauh di dasar hatiku ingin ku teriak:
Aku cinta kamu!

Sayang, sayang-sayang
Kamu dah berpunya
Tertutup sudah bagiku kesempatan
Dan bukan gayaku
Rebut pacar orang
Meski hati tulus cerita berakhir tak senang



          
          Tujuan saya paparkan video dan lirik lagu ini bukanlah untuk mengajak semua pembaca berkaraoke di ruangan blog saya. Apa yang ingin saya tekankan ialah penggunaan frasa 'sayang sayang sayang' dalam lagu ini.  Ada apa yang tidak kena dengan frasa tersebut? Sebenarnya, tidak ada salahnya penggunaan frasa tersebut pada lagu ini. Pernahkan pembaca terfikir apakah tujuan pencipta lirik mengulang perkataan 'sayang' sebanyak tiga kali? Tidak cukupkah dengan hanya sekali?

          Dalam bahasa Melayu, pengulangan perkataan tersebut dikenali sebagai Bahasa Pengulangan. Penggunaan Bahasa Pengulangan ini adalah untuk menunjukkan penekanan penutur atau penulis terhadap sesuatu perkara yang penting. Sebagai contoh, melalui lirik lagu di atas, kita dapat memahami bahawa penyanyi ingin menekankan bahawa lagu yang ditujukan ini adalah kepada orang yang digelar sebagai 'sayang'. Oleh sebab itulah frasa 'sayang sayang sayang' digunakan.


Pendapat :

Penggunaan Bahasa Pengulangan ini boleh dikatakan satu ragam bahasa yang penting dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, apabila seseorang penutur menekankan kepada sesuatu frasa atau perkataan ketika bertutur, maka pendengar dapat memahami atau dapat mengenalpasti apakah isi penting yang ingin diketengahkan atau ditekankan oleh penutur. 

          Sebagai contoh, ayat "Kau jangan turun dari pokok tu. Jangan turun. Jangan turun. Bergayut aje atas pokok tu". Melalui ayat di atas, kita dapat memahami bahawa penutur menghalang pendengar yang bergayut di atas pokok turun. Hal ini demikian kerana frasa 'jangan turun' diulang sebanyak dua kali. 

             Oleh hal yang demikian, kita sebagai penutur natif bahasa Melayu bolehlah menggunakan Bahasa Pengulangan ini untuk menekankan sesuatu perkara yang dianggap penting dalam perbualan.

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan