RSS

Fonologi bahasa Melayu standard dan dialek Negeri Sembilan.


#Situasi 16



Dialek dikenali sebagai loghat atau pelat yang digunakan oleh penduduk sesebuah kawasan yang didiami. Dialek ini berbeza daripada bahasa Melayu baku atau standard daripada aspek sebutan atau fonologi, tatabahasa dan kosa kata. Antara negeri yang terkenal dengan penggunaan dialek ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Jawa dan sebagainya.

          Di sini, saya ingin berkongsi tentang perbezaan antara dialek Negeri Sembilan dengan bahasa Melayu standard daripada aspek fonologi iaitu aspek sebutan.

Perkataan
Fonetik
(Bahasa Melayu standard)
Fonologi
(Dialek Negeri Sembilan)
kerang
kәraŋ
kͻɣaŋ
itik
itiɁ
iteɁ
ramai
ɣamai
ɣamay
kekal
kәkal
kͻka
mana
ma᷉na
ma᷉nͻ
betul
bәtol
bͻtͻ
katil
katil
kate

          Dalam dialek Negeri Sembilan, selalunya huruf ‘e’ dalam perkataan-perkataan digantikan dengan huruf ‘o’. Selain daripada huruf ‘e’, ada beberapa perkataan yang mana huruf ‘a’ digantikan dengan huruf ‘o’. Ia dapat dilihat melalui contoh perkataan mana dalam bahasa Melayu standard, tetapi disebut ma᷉nͻ dalam dialek Negeri Sembilan.

          Ada juga perkataan bahasa Melayu standard yang mengalami penyingkatan apabila diterjemah dalam sebutan dialek Negeri Sembilan. Sebagai contoh perkataan katil dalam bahasa Melayu standard yang disebut kate dalam bahasa Melayu standard. Selain itu, ada juga huruf yang ditekankan apabila bertutur menggunakan dialek. Contohnya dapat dilihat melalui perkataan kerang dalam bahasa Melayu standard dan disebut sebagai kͻɣaŋ dalam dialek. Penekanan tersebut berlaku pada huruf gh (ɣ).

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan