RSS

Bahasa Melayu Sarawak.

#Situasi 15

Semasa menjelajah laman Facebook sebentar tadi, saya terjumpa satu video yang bertajuk 'Anak Kampung'. Saya terus mencari tajuk video tersebut di Youtube. Di situ, saya dapati lagu Anak Kampung nyanyian asal oleh penyanyi Jimmy Palikat yang merupakan orang Sabah. Selain dinyanyikan dalam dialek Sabah, lagu ini juga ada dalam versi Kelantan dan Sarawak. 


          Saya tertarik untuk menonton video lagu 'Anak Kampung' nyanyian orang Sarawak. Didapati bahawa mereka menyanyikannya menggunakan dialek Sarawak yang juga dikenali sebagai bahasa Melayu Sarawak. Sila lihat dan dengarkan video di bawah :


(Hentikan lagi blog untuk menonton video ini)

          Berdasarkan seni kata lagu dalam video di atas, kita dapat mengenalpasti beberapa perkataan yang berbeza dengan bahasa Melayu standard. Antaranya ialah :

1- Urang yang bermaksud orang.
2- Embak yang bermaksud bawa.
3- Sikda yang bermaksud tidak ada.
4- Kacak yang bermaksud cantik.
5- Nang yang bermaksud memang.

           Bahasa Melayu Sarawak ini boleh dikatakan unik dan tersendiri. Ia berbeza di setiap lokasi di Sarawak. Sebagai contoh, di kawasan Miri, Limbang dan Lawas banyak menerima pengaruh daripada bahasa Melayu Brunei dan Sabah kerana ia berjiran dengan negeri tersebut. Sedikit sebanyak ia telah mempengaruhi penggunaan dialek.

           Manakala dialek Sarawak di kawasan Kuching pula banyak mendapat pengaruh daripada negara yang hampir dengannya iaitu Kalimantan. 

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan