RSS

Bahasa Khusus

#Situasi 14


Bahasa khusus merupakan bahasa atau istilah khas yang digunakan dalam bidang tugas atau pekerjaan yang tertentu. Melalui gambar di atas, kita dapat mengetahui bidang apa dan siapa yang lazimnya menggunakan bahasa khusus ini. 

          Doktor Gigi, hakim mahkamah, juruterbang dan doktor merupakan bidang tugas yang sering menggunakan bahasa khusus. Bahasa khusus ini merupakan bahasa yang hanya difahami oleh orang yang berada dalam bidang tertentu sahaja. Mereka yang di luar bidang tugas tersebut tidak dapat memahami maksud bahasa atau istilah yang digunakan. 

         Istilah khusus atau bahasa khusus yang digunakan dapat dilihat melalui penerangan di bawah.

Bahasa Khusus dalam bidang doktor gigi :

1- Halitosis - Gigi dan mulut berbau akibat tidak menggosok gigi dengan betul.
2- Plak - Selaput lembut pada gigi.
3- Pulpotomy - Pembuangan atas saraf gigi yang dijangkiti kuman.
4- Amalgam - Tampalan gigi berwarna perak

Bahasa khusus di dalam bidang kehakiman :

1-Prima Facie - Keraguan yang munasabah.
2- Defenden - Pihak yang didakwa.
3- Plaintif - Pihak yang mendakwa.
4- Alibi - Orang yang dituduh berada di tempat lain ketika kejadian.
5- Contempt of court - Menghina mahkamah.

Bahasa khusus di dalam bidang penerbangan atau Juruterbang : 

1- Meter di atas permukaan laut (m dpl) - Ketinggian sesuat tempat dalam meter dari permukaan laut.
2- Lapangan terbang alihan - Bandar udara yang memainkan peranan penting ketika pendaratan cemas.
3- Jambatan Atlantik - Laluan penerbangan dari Gander, Newfoundland, Kanada ke Scotland. 4- Codeshare - Perjanjian penerbangan yang dibuat oleh dua syarikat penerbangan yang bekerjasama.

Bahasa khusus dalam bidang kedoktoran :

1- Analgesik - Ubat untuk meredakan demam dan keradangan.
2- Antibiotik - Zat yang membunuh bakteria jahat dalam badan.
3- Sitotoksik - Ubat yang membunuh sel-sel pengganda.
4- Hipoglikemi - Ubat yang digunakan untuk menurunkan glukosa darah.
5- Laksatif- Ubat untuk memudahkan pembuangan air besar.




0 orang memberi respon:

Catat Ulasan