RSS

Kesantunan Berbahasa.


#Situasi 24

Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu. Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, ia bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa. Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:

1- Peraturan linguistik
2- Peraturan sosiolinguistik
3- Peraturan pragmatik

*************

1- Peraturan linguistik

Peraturan linguistik merupakan peraturan yang berkaitan dengan sebutan dan nahu yang terlibat dalam penggunaan bahasa. Seperti yang kita sedia maklum, setiap dialek mempunyai cara sebutan yang berlainan. 

          Walaupun setiap dialek mempunyai cara sebutan yang berbeza, namun, penggunaan bahasa kebangsaan turut mempunyai cara sebutan yang telah dipersetujui oleh penggunanya. Oleh hal yang demikian, lahir satu sebutan yang standard untuk digunakan apabila bertutur dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang mana ia menunjukkan identiti Malaysia. 

2- Peraturan sosiolinguistik

Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertibak seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain. Interaksi ini melibatkan interaksi lisan dan bukan lisan iaitu secara bertulis. 

            Dengan adanya peraturan sosiolinguistik ini, penutur hendaklah menunjukkan sikap santun dan interaksi tersebut tidak melibatkan perbezaan taraf antara kedua-dua belah pihak iaitu penutur pertama dan kedua serta penulis dan pembaca. 

3- Peraturan pragmatik

Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan tetapi berkesan. Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan. Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang. 



Pendapat:

Ketiga-tiga peraturan ini sering dilupakan ketika seseorang bertutur. Mereka lebih cenderung untuk bertutur mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesopanan ketika berbahasa. Seharusnya semua penutur menitikberatkan kesopanan berbahasa untuk menunjukkan bahawa kita merupakan seorang yang sopan santun dan menjaga hati orang lain.

Sumber: 

Asmah Haji Omar. 2002. Setia dan Santun Bahasa: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan   
              Idris. Tanjong Malim.

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan