#Situasi 25
Menurut Asmah Haji Omar (2002:7), santun bahasa merujuk kepada pendirian yang mematuhi pedoman-pedoman politik, sosial atau budaya dalam penggunaan bahasa menurut situasi. Setia bahasa terdiri daripada dua iaitu setia terhadap bahasa kebangsaan dan setia terhadap bahasa ibunda atau dialek yang diwarisi.
Tetapi, setia bahasa tidak bermaksud seseorang itu perlu menggunakan satu bahasa sahaja dalam kehidupan seharian dan menyisihkan bahasa yang lain. Prinsip setia bahasa ini digunakan bersesuaian mengikut situasi dan dengan siapa kita berinteraksi.
Sebagai contoh, jika kita berurusan dengan pihak kerajaan, kita hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Tetapi, jika kita berada di kampung dan berjumpa dengan sanak saudara, tidak menjadi kesalahan jika kita menggunakan dialek kerana orang di sekeliling kita memahami dialek yang kita gunakan.
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan