RSS

Forum Bahasa Melayu


#Situasi 23


Tertarik dengan banner di atas kerana ia berkaitan dengan bahasa Melayu. Memandangkan saya bakal menjadi guru bahasa Melayu, saya menghadiri forum ini. Panel forum ini terdiri daripada Profesor Dr Teo Kok Seng, Profesor Dato Dr Wan Hashim b. Wan Teh dan Profesor Datuk Wira Dr Abdul Latiff b. Abu Bakar. Hujah semua panel ini sangat bernas dan menarik perhatian.

          Semasa forum berlangsung, saya begitu tertarik dengan hujah yang dikemukakan oleh Profesor Dr Teo Kok Seng.  Walaupun beliau berbangsa Cina, beliau sangat fasih menuturkan bahasa Melayu dan semua hujah yang dikemukakn sangat bernas dan berjaya menarik perhatian hadirin. 

          Antara isi forum yang disampaikan oleh beliau ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, penggunaan bahasa kebangsaan di Malaysia, penubuhan sekolah satu aliran dan sekolah wawasan. Di dalam penerangan yang disampaikan, beliau juga ada mengatakan bahawa di sebuah hospital di Malaysia, para jururawat dikehendaki belajar bahasa Mandarin kerana kebanyakan pesakit berbangsa Cina skuar untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu.

          Berdasarkan situasi di atas, sepatutnya pesakit berbangsa Cina yang merupakan rakyat Malaysia perlu belajar bahasa Melayu untuk berkomunikasi kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan semua rakyat Malaysia sepatutnya sudah fasih berbahasa Melayu.

         Saya amat tertarik dengan satu perkara yang beliau katakan di akhir forum iaitu berkenaan Nilai bahasa Melayu kepada Bangsa Melayu. Ketiga-tiga nilai yang beliau sebutkan ialah:

1- Bahasa Melayu merupakan tapak asas ilmu pengetahuan yang terbina oleh orang Melayu.
2- Bahasa Melayu merupakan khazanah warisan budaya bangsa Melayu.
3- Nilai kognisi iaitu cara orang Melayu memproses ilmu terletak pada bahasa Melayu.

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan