RSS

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


#Situasi 22

Hari ini pelajar kelas Manuskrip Melayu menyertai lawatan ke Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. Kami ke sana untuk melihat manuskrip dan cara memelihara manuskrip yang telah rosak. Sesampainya kami di sana, kami dijemput untuk menikmati sarapan yang telah disediakan. 

          Selepas itu kami diberikan taklimat sebelum 'menjelajah' Pusat Manuskrip tersebut. Taklimat disampaikan oleh salah seorang pekerja di Pusat Manuskrip Melayu tersebut. Antara perkara yang disampaikan sepanjang taklimat tersebut ialah cara memelihara manuskrip dan menyimpan manuskrip.

          Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah penggunaan bahasa ketika pekerja Pusat Manuskrip Melayu menyampaikan taklimat kepada rombongan kami. Penyampai taklimat tersebut banyak menggunakan perkataan bahasa Inggeris yang dicampurkan dengan penggunaan bahasa Melayu. Perkara ini boleh dikatakan sebagai bahasa rojak.

          Antara perkataan bahasa Inggeris yang digunakan ialah perkataan manual, number panggilan, convert, watermark, detail dan banyak lagi. 


Pendapat:

Pusat Manuskrip Negara terletak di bawah naungan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sepatutnya, semua organisasi yang bernaung di bawah sektor kerajaan sepatutnya menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar. Oleh hal yang demikian, penyampai taklimat tersebut tidak sepatutnya menggunakan bahasa rojak ketika menyampaikan taklimat.

0 orang memberi respon:

Catat Ulasan