#Situasi 10
Budaya sindir menyindir ini boleh dikatakan sebagai salah satu bahasa halus yang sudah mula digunakan sejak dahulu lagi. Tetapi bezanya, masyarakt terdahulu menggunakan cara yang berbeza daripada cara hari ini untuk meluahkan sindirian. Masyarakat dahulu lebih cenderung menggunakan puisi untuk mengkritik orang lain.
Pada masa ini, ada sebilangan masyarakat yang memang tidak suka sindir menyindir ini. Mereka lebih suka berterus-terang. Berterus-terang ini ada baiknya. Tetapi, ia juga boleh mendatangkan keburukan kepada orang yang diperkatakan. Oleh hal yang demikian, sindiran merupakan salah satu cara untuk mengkritik secara bersopan atau halus.
Banyak cara sindiran yang kita boleh dengar dan lihat dalam kehidupan seharian ini. Saya senaraikan beberapa contoh di bawah iaitu :
1- Yela Siti. Aku memang beli biskut tu khas untuk engkau je. Habiskan la ye.
-Sindiran seperti ini sering berlaku apabila seseorang menjadikan hak kita sebagai haknya sendiri. Melalui situasi di atas, dapat difahami bahawa Siti memang suka makan biskut milik penutur. Oleh hal yang demikian, penutur menyindir dengan cara demikian dan berharap agar Siti berhenti makan.
2- Situasi kedua merujuk kepada gambar di atas.
-Ayat "happy birthday ramdan. selamat menjalani hari-hari tua sambil ditemani cucu-cucu kat rumah" ini merupakan ayat berbentuk sindiran yang saya lontarkan kepada rakan saya. Ayat ini bertujuan untuk menyuruh dia segera berkahwin tapi sindiran itu dilakukan dengan menggunakan bahasa yang halus dan tidak menyinggung perasaan orang lain.
3- "Kalau awak tak mahu buat dan hantar tugasan saya tak kisah. Tapi, tiada markah tugasan untuk awak"
-Sindiran seperti ini sering digunakan oleh pensyarah di dalam kelas. Sindiran ini menunjukkan bahawa beliau sebenarnya mengharapkan agar pelajar menghantar tugasan yang telah diberikan oleh beliau.
Pendapat :
Pada pendapat saya, bahasa sindiran atau bahasa halus ini sememangnya perlu dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana, ada di antara masyarakat hari ini kurang terbuka dan sukar menerima kritikan secara terus atau terang-terangan.
Dengan cara sindir menyindir ini, masyarakat akan dapat menerima kritikan secara terbuka dan tidak rasa tercabar.
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan