#Situasi 9
Memang sangat sukar kalau orang luar tidak memahami dialek negeri lain. Itu sememangnya berlaku kepada saya sebentar tadi. Hehe. Petang tadi, seorang rakan berkongsi pantun dua kerat di dalam kumpulam BM 2009/2010 di Facebook. Pantun ini ditulis menggunakan dialek negeri Kedah. Pantun tersebut adalah seperti di bawah iaitu :
Saya sememangnya kurang memahami dialek negeri lain. Jika setakat perkataan yang sudah biasa didengar, saya mudah untuk memahaminya. Tadi, saya ada memberi komen tentang perkataan 'bergebang' berdasarkan rangkap akhir pada pantun dua kerat di atas.
Menurut apa yang saya dengar dan saya faham, perkataan 'gebang' ini bermaksud 'kecoh'. Tetapi sebenarnya, menurut seorang rakan yang merupakan anak jati Kedah mengatakan bahawa 'gebang' itu ialah melakukan perkara yang tidak berfaedah atau sia-sia.
Saya mengatakan bahawa saya pernah terdengar perbualan menggunakan perkataan gebang. Dan apa yang saya faham, perkataan 'gebang' yang digunakan itu merujuk kepada perkataan 'kecoh'. Ayat tersebut adalah seperti berikut iaitu :
"Hang tak payah nak gebang sangat laa".
Akhirnya, setelah rakan menerangkan masud sebenar bagi perkataan 'gebang', saya memahaminya dan berharap agar saya tidak tersalah tafsir lagi selepas ini.
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan