RSS

Kelmarin di sini dan kelmarin di sana

#Situasi 3


Sejak semester pertama lagi saya sudah bergaul dengan rakan-rakan yang datangnya daripada pelbagai negeri di serata Malaysia. Apabila sudah bergaul dengan mereka, saya dapati memang banyak perbezaan di antara negeri di Malaysia. Bukan sahaja berbeza daripada aspek budaya malah maksud perkataan juga turut berbeza. 
----------------------------------------------------------------------------------------------

          Pernah saya terdengar salah seorang rakan yang berasal dari Kelantan berbual dengan seorang rakan yang lain. Mereka berbual tentang satu aktiviti jualan buku yang berlangsung di Perpustakaan Tuanku Bainun semalam. Butir perbualan mereka adalah seperti di bawah :

Rakan 1 : Mu g doh pameran buku?
Rakan 2 : Mmano? Bbilo?
Rakan 1: Kat pustaka la. Maren (Kelmarin) la. Mu dok tahu ko?

      Melalui perbualan di atas, dapat dilihat bahawa perkataan maren (kelmarin) menunjukkan hari semalam iaitu satu hari sebelum hari ini. 

----------------------------------------------------------------------------------------------

           Di Negeri Sembilan turut menggunakan perkataan kelmarin. Cuba lihat situasi di bawah untuk menunjukkan penggunaan perkataan kelmarin:

Rakan 1 : Ekau poie ko kendughi umah Milah?
Rakan 2 : Bilo kendughi eh tu? Tak poie lak den.
Rakan 1 : Kelmarin la kendughi eh. Hari ni Senayan da. Den ingek an ekau poie.
Rakan 2 : Oh. Kelmarin hari Sabtu an? Den takdo. Den poie umah anak den kek Somban. 

               Melalui perbualan di atas, dapat difahami bahawa penggunaan perkataan kelmarin di Negeri Sembilan merujuk kepada dua hari lepas atau dua hari sebelum hari ini. 

----------------------------------------------------------------------------------------------

              Selain contoh yang dapat dilihat melalui situasi yang pernah saya alami, saya juga ada membuat sedikit soal jawab di kumpulan Bahasa Melayu 2009/2010 di Facebook tentang perkataan kelmarin. Soalan yang saya ajukan adalah seperti berikut.



Dan berikut merupakan respon daripada rakan-rakan yang datang dari negeri yang berbeza.

Sabah
Johor
Terengganu
Kelantan
Selangor
Kedah

          Seperti yang kita dapat lihat, di Sabah, Terengganu, Kelantan dan kedah menggunakan perkataan kelmarin untuk merujuk kepada sehari sebelum hari ini atau semalam. Manakala, di Johor, Perak dan Selangor menggunakan perkataan kelmarin untuk merujuk kepada dua hari sebelum hari ini atau dua hari lepas. 


Pendapat:

Perbezaan maksud perkataan ini mungkin berbeza kepada setiap penutur. Hal ini demikian kerana mungkin di negeri mereka sering menggunakan perkataan kelmarin bagi menunjukkan semalam. Apabila sudah menjadi kebiasaan, semua orang di negeri tersebut bersetuju untuk menggunakan perkataan kelmari untuk menunjukkan semalam. 

          Tidak semua perkara atau perkataan mempunyai maksud yang sama di setiap negeri. Oleh hal yang demikian, jika kita berasa keliru dengan sesuatu maksud perkataan yang dituturkan oleh penutur, adalah lebih baik kita bertanyakan maksudnya kepada yang pakar. Risau tersalah tafsir nanti. :)







0 orang memberi respon:

Catat Ulasan