RSS

Bahasa Rahsia

#Situasi 8

Bahasa rahsia ini selalunya digunakan oleh pasukan perisik yang bertujuan untuk melindungi rahsia ketika berinteraksi. Contoh penggunaan bahasa rahsia ini dapat dilihat melalui filem James Bond. Mereka banyak menggunakan bahasa rahsia ketika berhubung untuk mengelakkan rahsia diketahui orang yang tidak berkenaan. 

          Apabila menulis tentang bahasa rahsia ini, saya masih teringat bahawa kami juga pernah menggunakan bahasa rahsia ketika berada di sekolah rendah. Padahal tidak ada apa perkara pun yang perlu kami rahsiakan daripada semua orang yang mendengar.

          Tentunya ramai yang pernah menggunakan bahasa rahsia yang sama seperti yang pernah kami gunakan dahulu. Bahasa rahsia yang kami gunakan diberi nama 'bahasa F', 'bahasa P' dan pelbagai bahasa lain yang namanya dicipta oleh kami sendiri. 'Bahasa F' yang dimaksudkan dapat dilihat melalui ayat di bawah, iaitu :

1- Safayafa mafahufu perfergifi kefe sefekofolahfah.
2- Saya mahu pergi ke sekolah. 

          Berdasarkan ayat di atas, dapat dilihat penggunaan 'bahasa F'. 'Bahasa F' ini bermaksud menambah huruf f pada setiap suku kata pada perkataan yang dituturkan. Tetapi, bahasa ini tidak lagi boleh digelar 'bahasa rahsia' kerana hampir semua orang sudah tahu mengenai penggunaannya. 


Pendapat :

Menurut saya, penggunaan 'bahasa rahsia' ini sangat wajar digunakan dalam bidang perisikan untuk melindungi rahsia tertentu. Tetapi, penggunaan 'bahasa rahsia' dalam kalangan kami yang mengada-ngada untuk menggunakannya itu memang tidak wajar. Hal ini demikian kerana, secara tidak langsung ia boleh mencemarkan bahasa Melayu yang menjadi kebangaan kita. 

          Sayangi bahasa kita. Biarkan ia kekal zaman berzaman. :)

1 orang memberi respon:

Tanpa Nama berkata...

masam

Catat Ulasan