#Situasi 7
Sumber : http://misznath.blogspot.com |
Pasti ramai yang pernah mendengar malah ada juga yang sering menggunakan bahasa singkatan dalam perhubungan atau komunikasi seharian. Perkara ini tidak hanya berlaku dalam komunikasi bukan lisan iaitu SMS, chatting malah ia juga sering berlaku dalam komunikasi lisan iaitu melalui percakapan.
Bahasa singkatan atau bahasa SMS ini sering digunakan dalam kalangan anak muda terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana mereka telah mula menggunakan teknologi seperti telefon dan laman sosial untuk berhubung.
Ketika sedang meneroka group BM 2009/2010 di Facebook, saya terjumpa beberapa perkataan singkatan yang pernah dikongsi oleh seorang rakan. Perkataan singkata tersebut adalah seperti berikut, iaitu :
Memang agak pelik kan bahasa remaja sekarang? Perkataan yang tidak perlu ditambah huruf 'x', ditambahnya. Perkataan yang tidak patut ditambah huruf 's' pun ditambahnya. Kadang-kadang, sampai orang lain pun susah untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis.
Selain bahasa singkatan, saya juga agak pelik mengapa ada orang yang menggantikan huruf 'a' dengan huruf 'q'. Sebagai contoh seperti ayat di bawah iaitu :
1- sqyq mqhu ke sekolqh pqdq hqri esok kerqnq sqyq sqngqt rindu kqwqn sqyq.
2-saya mahu ke sekolah pada hari esok kerana saya sangat rindu kawan saya.
Baiklah, apakah perasaan anda ketika membaca ayat yang pertama? Jika saya disuruh membacanya, pada mulanya memang merangkak-rangkak membaca. Hal ini demikian kerana kita sering menggunakan ayat yang kedua dalam penulisan.
Pendapat :
Pada pendapat saya, bahasa singkatan atau SMS ini masih boleh digunakan dalam komunikasi. Hal ini menitikberatkan pelbagai perkara. Pertama, kita menggunakan bahasa SMS ini untuk menjimatkan masa. Kedua, bahasa ini digunakan sebagai inisiatif untuk menjimatkan wang.
Tetapi, penggunaan bahasa SMS ini hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur orang yang lawan berkomunikasi dengan kita serta bahasa yang digunakan hendaklah difahami oleh orang lain. Bukannya hanya difahami oleh orang yang menulis pesanan sahaja. Jika oang yang menerima pesanan tidak memahami, hal ini bermakna komunikasi telah gagal.
Bagi penggunaan huruf 'q' menggantikan huruf 'a', perkara ini memang sangat tidak wajar dilakukan. Hal ini demikian kerana setiap huruf mempunyai fonetik dan peranan yan tersendiri dalam penulisan. Jika kita menggunakan huruf 'q' menggantikan huruf 'a', maksud dan bunyi ayat akan menjadi berbeza daripada sepatutnya.
* Sayangi bahasa kita. Jangan cemarkannya. :)
0 orang memberi respon:
Catat Ulasan