RSS

Adnan Sempit dan bahasa.



#Situasi 5


Hari minggu yang membosankan. Tidak ada apa-apa aktiviti yang boleh dibuat. Saya baru teringat pagi tadi saya ada memuat turun satu telemovie yang sedang menjadi bualan orang masa ini. Adnan Sempit 2 memang menjadi bualan terutama dalam kalangan remaja masa ini.


          Saya terus membuat keputusan untuk menonton telemovie tersebut. Selesai menonton, saya membuat analisis sendiri terhadap telemovie tersebut. Melalui pemerhatian saya, didapati bahawa telemovie ini banyak menggunakan percampuran kod.


          Percampuran kod ialah percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ketika bertutur mahu pun menulis. Melalui cerita ini, saya dapat lihat watak utama iaitu Adnan Sempit yang dilakonkan oleh Shahizey Sam menggunakan percampuran kod yang terlalu maksimum sepanjang bertutur.


          Antara ayat yang sering dituturkan ialah seperti di bawah iaitu :


1- Nadia, I don't want banana fruit two time. I sayang you Nadia.
2- Adnan, I nak you belajar jadi orang korporat dalam masa 30 hari sahaja.




Pendapat :


Pada pendapat saya, percampuran kod ini tidak harus terjadi di dalam komunikasi terutamanya pertuturan. Hal ini demikian kerana anak muda terlalu mudah mengikut setiap perkara yang mereka lihat dan dengar.


          Apabila anak muda sudah menggunakan percampuran kod dalam pertuturan, maka kedudukan dan martabat bahasa Melayu sudah dianggap tercemar.



0 orang memberi respon:

Catat Ulasan